KATA ALUAN
YAB. DATO' SERI AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH, SHMS., SSDK., DHMS., DSDK., KMN., AMK., BKM., PPN., PJK., JP.
Pengerusi , Permodalan Kedah Berhad
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang menyampaikan risalah iman dan Islam kepada kita semua, para sahabat, para alim ulama dan seluruh muslimin dan muslimat khususnya rakyat negeri Kedah Darul Aman.
Adalah menjadi harapan saya sebagai Pengerusi Syarikat untuk melihat anak-anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) terus berkembang dan berdaya saing di pasaran global.
Kita perlu sedar bahawa matlamat penubuhan syarikat GLC bukanlah sekadar sebuah syarikat yang mengejar keuntungan semata – mata, tetapi sebagai agen pelaksana kerajaan di dalam menjalankan dasar – dasar kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, hasrat untuk melahirkan golongan usahawan Bumiputera haruslah dipertingkatkan, disamping mewujudkan peluang perniagaan yang lebih luas kepada rakyat di negeri Kedah ini. Persaingan yang sihat sesama syarikat GLC dan syarikat swasta harus diambil berat agar dapat menjamin kesinambungan perniagaan pada masa hadapan.
Saya juga berharap agar anak – anak syarikat di bawah Kumpulan PKB akan terus berjaya di dalam bidang perniagaan yang diceburi dan amat bersyukur kerana Laman Rasmi Permodalan Kedah Berhad ini telah dapat diterbitkan dengan sempurnanya.
Selamat Maju Jaya.
ENCIK ABDUL RAHMAN BIN HAJI DIN, AMK., BCK..
Ketua Pegawai Eksekutif, Permodalan Kedah Berhad
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Permodalan Kedah Berhad (PKB). Saya berharap portal ini akan dapat membantu para pengunjung berurusan dengan PKB bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan teras perniagaan Permodalan Kedah Berhad.
Salah satu strategi untuk memperkenalkan dan mempromosikan PKB adalah melalui laman web. Sebagai sebuah anak syarikat milih penuh Kerajaan Negeri Kedah, Portal Rasmi PKB memaparkan pelbagai maklumat berhubung dengan organisasi, anak syarikat PKB, aktiviti, perkhidmatan, projek dan penerbitan PKB. Laman web ini akan diselenggara dan dikemaskini bagi menjamin kandungannya sentiasa relevan dan terkini.
Maklumat yang disediakan di laman web ini sentiasa dikemaskini dan bersifat interaktif agar ianya dapat memberi manfaat kepada para pengunjung yang melayari laman web ini. Bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kepentingan rakyat dan negeri Kedah.
Sekian, terima kasih.
Visi & Misi
Objektif Syarikat
Membangunkan projek-projek hartanah sejajar dengan program pembangunan negeri
Melibatkan diri di dalam projek-projek secara usahasama dengan mana-mana pihak yang berwibawa sama ada dari dalam mahupun luar negri
Membantu masyarakat Bumiputera mencapai kualiti hidup yang lebih baik
Membentuk sebuah orgnisasi korporat yang berdaya maju
Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat
Melahirkan anggota kerja yang berdedikasi, bermotivasi, produktif dan berwawasan
Menerajui bidang-bidang lain seperti:
- Pembangunan Hartanah
- Sektor Perlombongan & Mineral
- Sektor Perhotelan & Perkhidmatan
- Sektor Pelaburan
Maklumat Korporat

Nama Syarikat
Permodalan Kedah Berhad
No. Pendaftaran
287561V
Alamat Perniagaan
Tingkat 8, Wisma PKNK,
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah
Telefon
+604 730 1992
+604 730 1993
Faks
+604 731 3224
Email Rasmi
Tarikh Diperbadankan
20 Januari 1994
Pemegang Saham (100%)
Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMB Kedah)
Modal Dibenarkan
RM 10,000,000
Modal Berbayar
RM 2,500,000
Jenis Perniagaan
- Pembangunan Hartanah
- Pembinaan
- Perlombongan
- Perhotelan & Perkhidmatan
- Pelaburan
Struktur Korporat
Senarai Subsidiari
Kedah Islamic Asset Management Berhad
Pengurusan Portfolio dan Pengurusan Amanah Saham
Modal Berbayar (RM): 8,418,000
Peratus Pegangan: 100%
PKB Development Sdn Bhd
Pembangunan Hartanah, Pengurusan Mineral & Kuari
Modal Berbayar (RM): 500,000
Peratus Pegangan: 100%
Pembinaan Sintok Sdn Bhd – PSSB
Kontraktor Kelas A Bumiputera, CIDB G7
Modal Berbayar (RM): 1,500,000
Peratus Pegangan: 100%
PKB Capital Sdn Bhd – PKB C
Pengurusan Aset dan Projek
Modal Berbayar (RM): 500,000
Peratus Pegangan: 100%
PKB Hotel Management & Services Sdn Bhd – PKB Hotel
Pengurusan & Perkhidmatan Hotel
Modal Berbayar (RM): 3,000,000
Peratus Pegangan: 100%
PKB Cenasih Management Sdn Bhd
Kesetiausahaan Syarikat & Perakaunan
Modal Berbayar (RM): 250,000
Peratus Pegangan: 70%
Lembaga Pengarah
YAB. Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah
(SHMS.,SSDK.,DHMS.,DSDK.,KMN.,AMK.,BKM.,PPN.,PJK.JP,)
Pengarah
Y. Bhg. Dato' Ahmad Shukri bin Tajuddin
(DSDK., KMN., AMK., BCK.)
Pengarah
Y. Bhg. Dato' Seraja Bijaya, Dato' Wira Haji Syed Zain bin Syed Abdullah
(DGMK., DSDK., JSM., BCK., JP)
Pengarah
Y. Bhg. Dato' Wira Hj. Abdullah Hasnan bin Kamaruddin
(DGMK.,DSDK.,PJK,.JP)
Pengarah
Y. Bhg. Dato' Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim
(DSDK.,JSD.,AMK.,AMN.,BCK.)
Pengarah
YB Dato' Paduka Hj Bakar bin Din
(DHMS.,DSDK.,PJN.,AMK.,BCK.,BPL)
Pengarah
Y. Bhg. Dato' Lela Setia, Dato' Paduka Haji Ismail bin Shafie
(DHMS., DSDK., JMN., BCK., JP)
Pengarah
Y. Bhg. Dato' Said Ali bin Said Rastan
(DSDK., JP.)
Pengarah
En. Abdul Rahman bin Haji Din
(AMK., BCK.)
Pengarah